Amanat Pengarah
Aspirasi hala tuju kepimpinan dalam memartabatkan integriti, kecekapan pentadbiran, dan kedaulatan Mahkamah Anak Negeri Sabah.
Nordin Lossin
Pengarah JabatanTerlebih dahulu, marilah kita bersama-sama memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah rahmat dan izin-Nya, kita diberi kesempatan untuk terus melaksanakan tanggungjawab dan amanah yang dipertanggungjawabkan demi kepentingan jabatan serta kemaslahatan masyarakat Anak Negeri di negeri ini.
Saya berharap seluruh warga kerja JHEANS dapat memberi perhatian dan menitikberatkan perkara-perkara berikut agar visi dan misi jabatan dapat dicapai dengan cemerlang, berlandaskan prinsip integriti dan akauntabiliti yang tinggi:
Akhir kata, marilah kita semua berganding bahu dan memainkan peranan masing-masing dalam memastikan Jabatan Hal Ehwal Anak Negeri Sabah (JHEANS) terus unggul sebagai sebuah agensi yang dihormati serta dipercayai. Saya yakin bahawa dengan semangat kerja berpasukan yang tinggi, disertai nilai integriti dan profesionalisme yang utuh, kita mampu membawa jabatan ini ke tahap yang lebih cemerlang pada masa hadapan.
Ingatlah, kejayaan JHEANS adalah kejayaan kita bersama. Dengan kesatuan tekad dan usaha, kita mampu memikul amanah besar ini demi kepentingan Anak Negeri Sabah serta masa depan negeri yang kita cintai.
Sekian, Wabillahi Taufiq Walhidayah,
Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, dan Salam Anak Negeri.
![]()