088 265 740 Jheans@Sabah.gov.my

PERUTUSAN PENGARAH

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, 

 

Salam Sejahtera, Salam Sabah Maju Jaya, Salam Malaysia Madani dan Salam Anak Negeri.

Selamat datang ke portal rasmi Jabatan Hal Ehwal Negeri Sabah (JHEANS).

Syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah rahmat dan izin-Nya, laman web ini berjaya diwujudkan.  Portal rasmi ini adalah lambang komitmen berterusan Jabatan untuk memastikan setiap maklumat, perkhidmatan dan inisiatif dapat diakses oleh kakitangan dan orang awam dengan cara yang pantas dan berkesan.

Sebagai agensi di bawah Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan (KKTP), JHEANS merupakan tonggak utama dalam memelihara dan memperkasa institusi adat serta menguatkuasakan Undang-Undang Adat Anak Negeri di Sabah.  Dengan itu, JHEANS berusaha gigih untuk memastikan dasar-dasar kerajaan diterjemahkan kepada tindakan dan manfaat sebenar demi kesejahteraan semua Anak Negeri Sabah.

Diharapkan laman web ini akan menjadi sumber rujukan utama yang menyalurkan maklumat yang lengkap dan tepat kepada semua pengunjung.

Sekian, Wabillahi Taufiq Walhidayah,

Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, dan Salam Anak Negeri.

Sekian, Terima Kasih

Nordin Lossin

Pengarah

Jabatan Hal Ehwal Anak Negeri Sabah

Loading

wpChatIcon
wpChatIcon
en_USEnglish