AMANAT PENGARAH

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
Salam Sejahtera, Salam Sabah Maju Jaya, Salam Malaysia Madani dan Salam Anak Negeri.
Yang dihormati semua pegawai dan kakitangan
Jabatan Hal Ehwal Anak Negeri Sabah (JHEANS),
Terlebih dahulu, marilah kita bersama-sama memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah rahmat dan izin-Nya, kita diberi kesempatan untuk terus melaksanakan tanggungjawab dan amanah yang dipertanggungjawabkan demi kepentingan jabatan serta kemaslahatan masyarakat Anak Negeri di negeri ini.
Saya berharap seluruh warga kerja JHEANS dapat memberi perhatian dan menitikberatkan perkara-perkara berikut agar visi dan misi Jabatan dapat dicapai dengan cemerlang, berlandaskan prinsip integriti dan akauntabiliti yang tinggi.
(i) Kepatuhan kepada waktu kehadiran dan etika berpakaian adalah manifestasi komitmen, integriti, dan profesionalisme penjawat awam.
(ii) Mengutamakan integriti dalam perkhidmatan bagi meningkatkan profesionalisme dan kualiti penyampaian serta berkhidmat dengan ikhlas.
(iii) Menjadi ejen perubahan dengan mengamalkan pembudayaan sikap proaktif, inovatif, dan kreatif dalam setiap pelaksanaan tugasan.
(iv) Memastikan tatakelola Mahkamah Anak Negeri dilaksanakan secara teratur dan berlandaskan bidang kuasa yang sah.
(v) Mendukung pendigitalan untuk meningkatkan kecekapan, ketelusan, dan mempercepatkan penyelesaian kes.
Akhir kata, marilah kita semua berganding bahu dan memainkan peranan masing-masing dalam memastikan Jabatan Hal Ehwal Anak Negeri Sabah (JHEANS) terus unggul sebagai sebuah jabatan yang dihormati serta dipercayai. Saya yakin bahawa dengan semangat kerja berpasukan yang tinggi, disertai nilai integriti dan profesionalisme yang utuh, kita mampu membawa jabatan ini ke tahap yang lebih cemerlang pada masa hadapan.
Ingatlah, kejayaan JHEANS adalah kejayaan kita bersama. Dengan kesatuan tekad dan usaha, kita mampu memikul amanah besar ini demi kepentingan Anak Negeri Sabah serta masa depan negeri yang kita cintai.
Sekian, Wabillahi Taufiq Walhidayah,
Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, dan Salam Anak Negeri.
Sekian, Terima Kasih
Nordin Lossin
Pengarah
Jabatan Hal Ehwal Anak Negeri Sabah
![]()