TEAM BUILDING JHEANS 2025
Jabatan Hal Ehwal Anak Negeri Sabah (JHEANS) telah berjaya melaksanakan Program Team Building bertempat di Shangri-La Rasa Ria, Tuaran.
Program ini melibatkan penyertaan penuh semua pegawai JHEANS dan bertujuan mengukuhkan kerjasama, meningkatkan semangat berpasukan serta memantapkan komunikasi dalam kalangan warga jabatan.
Tahniah dan terima kasih kepada semua yang memberikan komitmen sepanjang program berlangsung. Semoga semangat kekitaan dan nilai profesionalisme terus menjadi budaya kerja kita bersama.
![]()