Majlis Amanat Pengarah Jheans 2026 ( 5 Feb 2026 )
5 Februari 2026
Majlis Amanat Pengarah Jabatan Hal Ehwal Anak Negeri Sabah (JHEANS) telah berlangsung dengan jayanya di Hotel Marriot Kota Kinabalu. Majlis ini dihadiri oleh Puan Norisah Saiman – Timbalan Pengarah (Pengurusan), Puan Noorfaridah Hj. Othman -Timbalan Pengarah (Dasar & Operasi), pegawai-pegawai dan kakitangan JHEANS serta Ketua-Ketua Daerah.
Melalui amanat beliau, Yang Berbahagia Tuan Nordin Lossin, Pengarah JHEANS memfokuskan hala tuju jelas melalui Pelan Strategik, amanah dan akauntabiliti dalam meningkatkan hasil Jabatan, memperkasa sumber manusia sebagai aset terpenting, pendigitalan sistem untuk kecekapan dan ketelusan serta memperkasa anak negeri dengan wibawa dan keadilan.
Tuan Pengarah juga menyeru pegawai dan kakitangan JHEANS serta Ketua-Ketua Daerah agar berkhidmat dengan penuh integriti dan memastikan JHEANS dan Mahkamah Anak Negeri bebas rasuah.
Amanat ini diakhiri dengan harapan JHEANS terus dihormati kerana integritinya, dihargai kerana kecekapan pentadbirannya, dikenang kerana bakti yang diberikan kepada rakyat dan Negeri Sabah.
![]()