MAJLIS HAL EHWAL ANAK NEGERI SABAH (MHEANS)
PENUBUHAN MAJLIS HAL EHWAL ANAK NEGERI SABAH
Majlis Hal Ehwal Anak Negeri Sabah (MHEANS) merupakan satu pertubuhan badan berkanun yang ditubuhkan pada 4 Januari 1999 berdasarkan Enakmen Majlis Hal Ehwal Anak Negeri Sabah 1998.
Pengerusi MHEANS yang pertama ialah Datuk Haji Sairin bin Haji Karno dan Setiausahanya yang pertama pula adalah Tuan Haji Ibrahim bin Datuk Haji Kassim. Enakmen Majlis Hal Ehwal Anak Negeri Sabah 1998 mempunyai 24 Seksyen yang memberikan panduan peruntukan bagi penubuhannya dan bagi perkara-perkara berhubung undang-undang adat Anak Negeri Sabah. Pada masa ini, Presiden Majlis adalah Tindarama Dr/H Benedict Tapin dan Setiausaha Majlis adalah Tuan Nordin Lossin selaku Pengarah JHEANS
TUJUAN DAN FUNGSI MAJLIS HAL EHWAL ANAK NEGERI SABAH
1. Pada amnya MHEANS berfungsi untuk menasihati Kerajaan Negeri mengenai semua perkara berhubung dengan sistem undang-undang diri anak negeri dan adat istiadat di Sabah.
2. Membuat pemeriksaan ke atas berbagai-bagai adat istiadat anak negeri dan membuat syor bagi pemakaian dan penguatkuasaan pemakaiannya.
3. Membuat kajian terhadap undang-undang adat anak negeri dari semasa ke semasa dan mengesyorkan pindaannya.
4. Membuat pengesyoran kepada kerajaan untuk memansuhkan adat istiadat yang tidak produktif serta yang boleh memudaratkan pembangunan dan kemajuan negeri.
5. Bertanggungjawab untuk memberikan penerangan dan penjelasan berhubung dengan perbezaan adat anak negeri.
ALAMAT MAJLIS HAL EHWAL ANAK NEGERI SABAH
Tingkat 2, Blok C,
Wisma Tun Fuad Stephens,
Karung Berkunci No. 209,
88999 Kota Kinabalu,
Sabah.
HUBUNGI KAMI
Faks: (088) 214 579
Telefon: (088) 212 443 / 213 542
![]()