088 265 740 Jheans@Sabah.gov.my

Majlis Pelancaran Pelan Strategik Jabatan Hal Ehwal Anak Negeri Sabah 2026 - 2030 (Psjheans2030)

5 Februari 2026
Majlis Pelancaran Pelan Strategik Jabatan Hal Ehwal Anak Negeri Sabah 2026 – 2030 (PSJHEANS2030) telah berlangsung dengan jayanya di Hotel Marriot, Kota Kinabalu dan disempurnakan oleh Yang Berhormat Datuk Dr. Haji Mohd Arifin bin Datuk Haji Mohd Arif, JP Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Merangkap Exco Agama.
Majlis ini turut diserikan dengan kehadiran Yang Berhormat Datuk Fairuz Renddan (Pembantu Menteri I), Yang Berhormat Datuk Maijol Mahap, JP (Pembantu Menteri II), Yang Berbahagia Datuk Dr. Jamili Nais (Setiausaha Tetap Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan), Puan Fridah Ramli (Wakil Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Negeri Sabah), Tindarama Dr. Benedict Topin (Presiden Majlis Hal Ehwal Anak Negeri Sabah), seluruh warga kerja JHEANS, Ketua-Ketua Daerah dan tetamu jemputan.
Pelan Strategik Jabatan Hal Ehwal Anak Negeri Sabah 2026 – 2030 (PSJHEANS 2030) yang dirangka secara menyeluruh dan sistematik merangkumi 6 Matlamat, 7 Teras, 9 Strategi, 21 Program dan 105 Pelan Tindakan akan menjadi panduan utama Jabatan dalam memperkukuh tadbir urus, memperkasa sistem perundangan adat serta memastikan perkhidmatan kepada rakyat dilaksanakan dengan lebih cekap dan berimpak tinggi.
Dalam mendukung pelaksanaan pelan ini, Jabatan Hal Ehwal Anak Negeri Sabah (JHEANS) menjadikan nilai SMART sebagai tunjang budaya kerja Jabatan iaitu Strategic, Modern, Agile, Responsible & Transparent. Nilai ini diharapkan akan membentuk cara berfikir dan pendekatan warga kerja JHEANS agar setiap tindakan yang diambil adalah berstrategi, responsif terhadap perubahan, berintegriti serta berorientasikan keperluan rakyat.
Majlis ini diakhiri dengan penyerahan Buku Pelan Strategik (PSJHEANS2030) kepada Yang Berhormat Menteri Datuk Dr. Haji Mohd Arifin bin Datuk Haji Mohd Arif, JP Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Merangkap Exco Agama dan penghargaan kepada Think Big Consultant kerana telah membantu JHEANS dalam menjayakan Pelan Strategik ini.

Loading

wpChatIcon
wpChatIcon
en_USEnglish